6 Jan 2014

Hanya Allah je yang tahu apa perasaan aku masa tu . dah la penat kerja . nak balik , nak ambil phone tetiba guard kata phone takde . ingat memain jea . tapi seriously , my phone was missing . and sekarang jadi masalah besar . cerita dia macam nie , pukul 11 malam nak balik kerja , biasalah phone and ic tinggal dekat guard . cashier tak dibenarkan bawak phone naik . so tinggal jela kan . masa rehat petang tu , phone masih ada , masa rehat pukul 4 hingga 5 petang . ya aku ambil jela phone . lepas tu aku habis rehat , aku hanta balik dekat guard yang nama Nazrin . okay macam biasa naik kerja balik . malam lepas kerja nak balik , nak minta phone , masa tu guard nama Ramesh yang jaga pulak . dua ekor nie memang suka kacau aku selama nie . aku fikir dia memain kata phone aku takde tapi memang kenyataan . masa tu hati dah tak keruan kot . sampai aku punggah semua tempat dekat situ walau tak dibenarkan masuk kawasan tu sbb tempat guard . aku heran apa , satu satunya barang kesayangan aku hilang , mahu tak kelam kabut . wehh tahu tak , aku tak pernah renggang dgn phone tu :') tapi malam tu aku balik jugak . balik dengan hati tak tenang :'/ pukul 11 lebih aku balik . then esok datang aku kena masuk security office sbb phone tu dah jumpa balik . dapat cerita phone tu jumpa pukul 12 lebih , kira sejam lebih lepas aku balik . PELIK KAN ? hmm apapun ya Allah syukur sangat sbb dah jumpa balik tapi bila check , cover hilang , sim kad hilang and memori kad hilang :') HAHAHAHAHAHA aku menangis meraung tak berlagu siaa . satu satunya memori kad yang penuh gambar kenangan dengan arwah kawan , arwah atuk , dengan ex and kekawan yang dah jauh sekarang nie . and gambar aku tak bertudung sebagainya . ya Allah maruah aku :') aku tak pernah bagi orang pegang phone aku and phone aku always ada password . weh kenangan aku semua tu hilang macam tu jea ! masa tu aku mencarut semua ada . memang dah tak dapat kawal perasaan babe :') macam macam masalah datang bila aku start kerja nie . hm so aku ingat nak berhenti kerja jea :') dah tak larat kot . hanya Allah je yang tahu perasaan aku bila kena macam nie . aku lost contact dengan semua orang . hmm sekarang aku tunggu keputusan orang yang incharge kes aku tu :') lepastu berhenti kerja . ya Allah , kuatkan aku , aku tahu Kau beri aku ujian ini kerana Kau tahu aku mampu hadapi :')

DEAR PENCURI , AKU MOHON WEH , SEKALI PUN KAU DENGKI DENGAN AKU ,
BUAT AKU , SAKITKAN AKU TAPI BUKAN AMBIK SEGALA KENANGAN AKU :') 
AKU TAK FAHAM APA YANG KAU NAK SEBAB AKU TAK KENAL KAU , AND KAU
TAK KENAL AKU . SERIOUS , AKU AKAN BUAT KAU MENYESAL SATU HARI NANTI !

tak cukup dengan masalah tu , aku dapat IM dari Ex yang paling aku rindu suruh aku delete gambar aku dengan dia. katanya malu :') okay aku faham weh. takpe, one day aku akan buang segalanya :') thankyou for everything </3